29 September 2013
http://ohpondokku.blogspot.com/PEMBUKAAN TAHUN AJARAN BARU DI GONTOR DAN TIADA LAGI TEMPAT PENAMPUNGAN SEMENTARA UNTUK CALON PELAJAR
Di samping itu hendaknya para calon pelajar sudah dibekali dengan pengetahuan membaca al Quran, bacaan shalat, menulis Arab, berhitung / ilmu hisab dan Bahasa Indonesia. Ujian diadakan dua cara: lisan dan tulis.
Kerana tempat yang terhad, maka terpaksa hanya calon pelajar yang layak diizinkan untuk mengikuti pelajaran-pelajaran yang ada di Gontor. Tidak semua pelajar diterima dan tentunya penyaringan calon pelajar cukup ketat. Pada tahun ini 2013 lebih Enam Ribu Calon Pelajar yang mendaftar dan terpaksa sekitar seribu lebih belum dinyatakan lulus dan mendapatkan tempat di Gontor.
Oleh itu bagi Calon Pelajar yang berjaya lulus ujian masuk Gontor, hendaknya bersyukur dan dapat mengikuti semua disiplin yang ada tidak mensia-siakan kesempatan belajar di sana. Ramai calon pelajar yang menangis kerana belum berjaya lulus ujian masuk yang belum berkesempatan untuk belajar di Gontor. Maka alangkah meruginya apabila pelajar yang sudah belajar, tidak menggunakan kesempatan ini sebaik-baiknya dan bahkan tidak sedikit yang sengaja keluar sebelum habis tamat belajar.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar